MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI

PENUKARAN ALAMAT POS

Penukaran Alamat Pos

Laman ini disediakan bagi membolehkan pembayar cukai yang memiliki harta di kawasan Majlis Bandaraya Seberang Perai membuat penukaran alamat pos serta mengemaskini data pengguna. Ini adalah untuk memastikan semua bil - bil taksiran dapat dihantar ke alamat surat menyurat pembayar cukai. Sekiranya tiada notis diberi atau pemberitahuan oleh pembayar cukai maka semua bil taksiran akan dihantar ke alamat harta.

Semakan Alamat Pos Harta

1. Sila tekan disini untuk menyemak alamat pos harta (Bangunan/Tanah).

Bagaimana permohonan penukaran alamat pos boleh dibuat?

Anda boleh memohon dengan mengikuti cara:

1. Memohon melalui laman web rasmi MBSP http://www.mbsp.gov.my/

2. Mengimbas QR code yang terdapat pada bil taksiran.

3. Mengisi Borang Permohonan Penukaran Alamat Pos yang disediakan oleh MBSP.

Bila Bil Taksiran akan dihantar ke alamat pos baru?

MBSP mengeluarkan bil taksiran sebanyak 2 kali setahun iaitu cetakan pada bulan Disember adalah untuk pengeluaran bil taksiran setengah tahun pertama dan cetakan pada bulan Jun adalah untuk pengeluaran bil taksiran setengah tahun kedua. Cetakan bil taksiran mengikut alamat pos yang baru hanya akan dihantar mengikut tempoh masa seperti berikut:

1. Pemohon yang membuat penukaran alamat pos dari tarikh 15hb Mei hingga 14hb Oct (dalam tahun berkenaan), bil taksiran pemohon akan dihantar ke alamat pos baru pada setengah tahun pertama tahun berikutnya.

2. Pemohon yang membuat penukaran alamat pos dari tarikh 15hb Oct (tahun berkenaan) hingga 14hb Mei (tahun berikutnya), bil taksiran pemohon tersebut akan dihantar ke alamat pos baru pada setengah tahun kedua tahun berikutnya.

Sila tekan disini untuk mengetahui bila alamat pos baru anda akan dicetak pada bil taksiran.

Memohon penukaran alamat pos melalui laman web?

Ya, kini anda boleh memohon menukar alamat pos melalui laman web.

1. Sila tekan disini untuk memulakan permohonan penukaran Alamat Pos Harta Bangunan/Tanah anda.

Memohon penukaran alamat pos melalui borang?

Anda boleh mendapatkan borang permohonan penukaran alamat pos dengan mencetakkan keluar. Sila tekan disini untuk mencetak Borang Penukaran Alamat Pos (SP20B1).